DBKK, UPPM terkejut dengan apa yang ditemui di kawasan rumah semak, Luyang

Picture
Laluan masuk utama ke rumah itu tersembunyi.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kawasan rumah semak, bungkusan sisa berbau busuk

KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memantau sebuah rumah, di Lorong Angsana, Luyang untuk memastikan pemiliknya menyelenggara halamannya secara tetap.

Ia susulan aduan bahawa kawasan itu tidak kemas, dengan pokok dan lalang memenuhi halaman rumah itu. Selain itu, terdapat aduan mengenai bau busuk datang dari arah premis itu.

Agensi mengesahkan aduan itu memang wajar semasa pemeriksaan awal rumah tersebut pada awal bulan.


Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK berkata petugas pemeriksanya dan kakitangan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Luyang terkejut dengan apa yang mereka lihat semasa pemeriksaan tersebut.

Petugas DBKK terasa tidak selesa dengan bau busuk dari arah timbunan bungkusan beg plastik di dalam dan di luar rumah itu, katanya. Sebaliknya kakitangan UPPM pula terkejut dengan “hutan mini” yang tumbuh di kawasan itu.

Picture
Timbunan beg plastik berisi sisa di dalam dan di luar rumah.

“Seorang petugas kami memperhatikan banyak timbunan beg plastik di laluan pintu, di samping kawasan rumah. Keadaan itu mengingatkannya mengenai apa yang dilihatnya dalam program realiti AS, ‘Extreme Hoarders’,” katanya.

“Seorang lagi tidak tahan dengan bau yang datang dari bungkusan-bungkusan itu. Dua pelitupnya, yang menutup hidung dan mulutnya, tidak mampu mengurangkan bau kuat itu dan, untuk seketika, dia terfikir untuk memakai pelitup muka ketiga dengan harapan ia akan mengurangkan rasa tidak selesanya.”

Dia berkata wakil UPPM itu terpegun melihat dahan-dahan dan tumbuhan menjalar yang terlalu panjang sehingga melimpah dari hartanah itu.


“Pagar kawasan tidak dapat dilihat dan, jika pemlik rumah itu tidak hadir, tentu sedikit sukar untuk mencari laluan masuk ke hartanah itu kerana pintu pagar depan sebahagiannya disembunyikan oleh tumbuhan terbiar itu.”

Dia berkata penghuni rumah itu ditanya mengenai semua perkara tersebut.

“Penghuni itu menjelaskan bahawa beg-beg plastik itu mengandungi sisa makanan yang dia mahu jadikan kompos. Dia memberitahu kumpulan itu bahawa kulit telur, antara sisa tersebut, mengeluarkan bau busuk apabila mengurai.

Picture
PEMILIK rumah itu menjelaskan kepada staf UPPM bahawa pokok-pokok itu adalah “herba” yang ditanamnya, sambil diperhatikan pegawai pemeriksa DBKK.

“Mengenai pokok dan tumbuhan yang semak itu, dia mendakwa semua itu adalah ‘herba’ yang ditanamnya.”

Jurucakap itu berkata, sebelum mereka pergi, kakitangan DBKK memberinya amaran lisan untuk membersihkan rumahnya kerana ia menjadi gangguan kepada orang ramai di sekitar kawasan itu.

Katanya, pemeriksa agensi kembali ke alamat itu dua kali sejak pemeriksaan pertama tersebut. Lima pegawai dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (KKHO) menyertai mereka semasa pemeriksaan kedua yang dijalankan pada minggu kedua September.

“Kakitangan KKHO memberi notis pungutan jentik-jentik kepada pemilik rumah itu. Contoh kemudiannya diambil dari air yang ditemui dalam pasu bunga dan bekas di halaman rumahnya.”


Individu itu juga menerima notis DBKK, pada waktu itu, mengarahkan dia untuk membersihkan kawasan rumahnya.

“Dia bersetuju untuk membuang barang-barang tidak diingini, termasuk sampah dan bekas kosong, di halaman itu,” kata jurucakap itu.

“Selain itu, dia memberitahu kami, dia akan menyelenggara pokok dan tumbuhannya.”

Dia berkata DBKK telah melakukan semburan kabus (untuk nyamuk) di premis tersebut serta jalan perumahan itu sekitar jam 5 petang sehari selepas pemeriksaan bersama ini.

Picture
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan mengambil contoh cecair dari bekas kosong di kawasan itu.

“Jabatan Landskap kami mengatur jadual untuk mencantas dahan-dahan yang terjuntas atas pagarnya.”

Jurucakap itu berkata pemilik rumah tersebut diberi tempoh ihsan untuk mematuhi tuntutan DBKK itu.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadapnya, jika dia gagal berbuat demikian. Malah kami mungkin memulakan tindakan undang-undang jika dia tidak menepati janjinya.

“Kakitangan kami dan KKHO akan memeriksa keadaan di kediaman itu dari masa ke masa.”


NICHOLAS dari Luyang mengadu mengenai keadaan rumah di Taman Kinabalu itu yang disifatkan sebagai menyakitkan mata.

“Ia mewujudkan gambaran buruk mengenai kejiranan ini, khususnya dalam pandangan mata pelawat kali pertama,” katanya.

“Ramai yang tidak biasa dengan kawasan ini mendapat gambaran bahawa rumah ini mungkin sudah ditinggalkan. Mereka terkejut bila tahu ada orang tinggal di sana.”

Dia mencela pemilik rumah itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana gagal menyelenggara hartanahnya.

“Ia kelihatan seperti hutan simpan. Tumbuhan yang memenuhi kawasan itu mungkin menjadi risiko kebakaran.


“Jika kawasan itu terbakar, hartanah berdekatan, termasuk sebuah tadika, juga mungkin terbakar.”

Nicholas ingin tahu sama ada pihak berkuasa tempatan boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan dan kehilangan nyawa, jika itu berlaku.

Dia berkata salah seorang jirannya melaporkan kebimbangan ini kepada DBKK beberapa tahun lalu.

“Kawasan itu diselenggara beberapa lama kemudian, tetapi sejak itu, ia menjadi semak semula.

“Saya tidak faham bagaimana DBKK boleh membiarkan saja masalah ini.”

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.