Mayat mangsa dibawa oleh pegawai kesihatan dan polis dengan alat perlindungan penuh. |
Mayat seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui pada hari Jumaat di dapur rumahnya di Taman Bersatu, di sini, dua hari selepas dia tidak dapat dihubungi oleh majikan dan rakannya.
PENAMPANG: Seorang lelaki yang gagal dihubungi sejak dua hari lalu meninggal dunia di rumahnya di sebuah taman perumahan di Putatan, di sini semalam.Mangsa berumur 44 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat perkhidmatan kurier itu ditemukan dalam keadaan tersembam di dapur rumahnya kira-kira jam 11 pagi.
Keadaan mayat mangsa yang yang sudah mulai kembung dipercayai sudah meninggal dunia melebihi tempoh beberapa hari.
MAUT: Mayat mangsa dihantar ke HQE untuk tindakan lanjut. |
“Kami kemudiannya meminta rakan lain untuk mencari mangsa di rumahnya sebelum mendapati keadaan rumahnya yang berkunci seperti biasa.
"Rakan-rakan memberitahu, mereka percaya mangsa mungkin berada di dalam rumah memandangkan kereta miliknya juga berada di luar rumah.
"Selepas beberapa ketika, rakan-rakan terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera," katanya.
Menurutnya, mangsa sebelum ini tinggal bersama kakak dan abang iparnya namun mereka sudah berpindah ke daerah Sipitang.
Katanya, mereka percaya mangsa berkemungkinan mahu memasak maggi di dapur namun tidak sempat berbuat demikian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mayat mangsa sudah di hantar ke Jabatan Forensik HQE 1 untuk dapatkan pemeriksaan lanjut COVID-19 sebelum dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.
Post a Comment