Orangutan di 2 fasiliti di Sabah dikenakan ujian Covid-19

“Syukurlah, semua orangutan negatif Covid-19. PROSES mengambil sampel calitan untuk ujian saringan COVID-19 orang utan yang dikendalikan pasukan veterinar JHLS. FOTO ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

Orang utan Malaysia jalani ujian saringan Covid-19

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah telah mengambil inisiatif untuk melakukan ujian saringan terhadap semua orangutan yang berada dalam jagaan di setiap fasiliti iaitu di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Doktor Haiwan Jabatan Hidupan Liar Sabah melakukan ujian sapu pada orang utan di Sepilok.
Hal ini berikutan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah yang melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


“Oleh kerana kami mempunyai kes positif Covid-19 dalam kalangan penjaga dan kakitangan yang bekerja di dua fasiliti di Sabah yang menempatkan orangutan tawanan dan separa tawanan, kami dengan segera melakukan penutupan menyeluruh terhadap kemudahan primata dengan menguji semua orangutan untuk memastikan bahawa mereka bebas daripada jangkitan” kata Penolong Pengarah dan Doktor Veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan.


“Melakukan ujian saringan Covid-19 telah menjadi perkara penting dalam membantu mengatasi wabak ini, dan sama pentingnya bagi populasi orangutan ini kerana penyakit ini terbukti dapat memudaratkan kesihatan dan pemulihan mereka.

Semua keputusan ujian saringan adalah negative dan hal ini membuktikan penjagaan ketat yang dilakukan oleh kakitangan kami,” tambah beliau.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, sebanyak 30 orangutan diuji oleh pasukan veterinar dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Wildife Rescue Unit (WRU) yang diketuai oleh Dr Rosa Sipangkui, Dr Nabila Sarkawi dan dibantu oleh Dr Mischellena Samanthan dan Dr Uma Maheswary Kalamanathan.


“Syukurlah, semua orangutan negatif Covid-19.

“Saya telah mengarahkan pasukan veterinar kami untuk terus memantau semua orangutan dengan teliti sekiranya terdapat sebarang simptom dan gejala jangkitan Covid-19 dengan mengulangi ujian saringan secara berjadual,” kata Augustine.


“Ini merupakan kali pertama orangutan diuji menggunakan ujian saringan Antigen Covid-19 di seluruh Malaysia. Hal ini kerana sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan orangutan diberi perawatan veterinar terbaik,” tambahnya.

“Kami sangat berterima kasih kepada Datuk Sue Sheward, Pengerusi Orangutan Appeal UK (OAUK) kerana tanpa ragu-ragu telah membantu kami dalam pembiayaan kit ujian Antigen Covid-19, oksimeter nadi, dan ubat pencegahan untuk orangutan serta kakitangan Sepilok dan WRU,” kata Augustine.

Seorang doktor haiwan yang memakai alat pelindung diri mengumpulkan sampel sapu dari orangutan untuk ujian coronavirus Covid-19 di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok di Sandakan. - Gambar AFP
Sue berkata, OAUK berasa bangga dapat memberikan dana untuk kit ujian Antigen COVID-19, oksimeter nadi dan ubat pencegahan untuk orangutan dan kakitangan Sepilok dan Wildlife Rescue Unit (WRU) Sabah.

“Orangutan berkongsi 96.4% DNA dengan manusia.


Oleh itu, hal ini amatlah penting sekiranya kita dapat memeriksa virus ini terhadap orangutan agar dapat terus melindungi spesies ini. Kesihatan dan kesejahteraan kakitangan juga tidak kurang sama pentingnya. Mereka telah bekerja seperti sedia kala sepanjang pandemik ini agar dapat memberikan tahap penjagaan yang terbaik seperti yang mereka sering lakukan,” kata Sue.


“OAUK gembira mendengar semua keputusan ujian yang dilakukan ke atas orangutan adalah negatif. Kakitangan di Sepilok patut diberikan penghargaan atas komitmen mereka yang berterusan terhadap penjagaan terbaik yang mereka sediakan untuk orangutan terutama sekali pada masa-masa sukar ini,” tambahnya..

Pada tahun ini, OAUK juga akan memberi sokongan terhadap aktiviti pemuliharaan yang akan dijalankan oleh unit Jabatan Hidupan Liar yang baru dibentuk iaitu Endangered Species Conservation Unit (ESCU) yang berpusat di Lahad Datu selain Wildlife Rescue Unit (WRU) dan Sepilok Orangutan Appeal.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

Previous Post Next Post