Pekerja asing kilang papan cetus kluster baharu di Sandakan hari ini

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kluster Semawang – Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif Covid-19 kepada CPRC Sandakan.

Katanya, kes indeks adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara yang dikesan Covid-19 dengan keputusan RTK AG grading 100% dalam saringan pekerjaan.


“Pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama.

“Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif Covid-19 melalui kaedah ujian RTK AG,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Tambahnya, setakat hari ini, kluster ini merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu. - Warta Oriental

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.