Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun (Foto: Sabah Media) |
KOTA KINABALU: Kluster Ladang Desa Jerocco 2 – Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja iaitu di ladang sawit dalam Daerah Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) berkata, kes indeks merupakan penyelia ladang, lelaki, warganegara Indonesia, 39, yang disahkan positif Covid-19 oleh klinik panel ladang setelah bergejala sejak 01 September 2021.
“Dengan keputusan RTK AG positif grading 100%, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.
“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif Covid-19.
“Setakat hari ini, 55 kes positif direkodkan dan semuanya adalah kes baharu yang dilaporkan.,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, sasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan.
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment