PPM Kudat rampas kulit kayu tangar bernilai RM420,000

Picture
SERBUAN: Anggota PPM Kudat menjalankan serbuan dalam Op Khazanah di kawasan bakau Sungai Mengkapung Pitas.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PITAS: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kulit kayu tangar membabitkan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM420,000.


Pegawai Pemerintah PPM Kudat Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, rampasan berkenaan diperoleh dalam serbuan Op Khazanah di kawasan bakau Sungai Mengkapung dekat sini kelmarin.

Picture
Pasukan operasi menemui tempat perlindungan buatan manusia yang dipercayai digunakan untuk menjaga kulit pokok tangar.

Katanya, hasil risikan mendapati terdapat satu pondok yang didirikan secara haram dalam kawasan bakau terbabit.


"Pondok ini dipercayai menjadi tempat pengumpulan kulit kayu tangar sebelum dibawa keluar untuk dijual ke negara jiran.

"Hasil serbuan yang dijalankan menemukan beberapa jumlah kulit kayu tangar yang kemudiannya dirujuk ke Jabatan Perhutanan Pitas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Beliau berkata, PPM Kudat dengan kerjasama Jabatan Perhutanan menjalankan proses pelupusan kesemua barang rampasan terbabit di tempat kejadian.


Dalam pada itu, pihaknya meminta agar seluruh komuniti maritim melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian Pusat Komunikasi PPM Sabah atau menggunakan aplikasi WhatsApp 013-9391197.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.