Stor penyimpanan ubat KKM, kenderaan, motosikal tertimbus tanah runtuh di Kg Kopungit

PANTAU: Pasukan bomba sedang memantau keadaan di lokasi tanah runtuh di Kampung Kopungit di sini.

KOTA KINABALU: Stor penyimpanan ubat-ubatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kg Kopungit di sini semalam.

Sebuah bilik simpanan yang menyimpan bekalan perubatan untuk Kementerian Kesihatan rosak akibat tanah runtuh di Kg Kopungit.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Abdul Majid Damang berkata kejadian turut menjejaskan tiga kenderaan dan sebuah motosikal milik kakitangan KKM serta 3 kenderaan milik orang awam.


Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 11.19 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi.

PANTAU: Pasukan bomba sedang memantau keadaan di lokasi tanah runtuh di Kampung Kopungit di sini.
“Pasukan bomba difahamkan kejadian mula berlaku sejak jam 7.30 malam kelmarin sehingga membabitkan keseluruhan kawasan tanah runtuh.


“Tiada mangsa yang tertimbus dalam kejadian ini dan pihak bomba akan memasang penghadang untuk mengelakkan kejadian lebih teruk berkemungkinan boleh berlaku berikutan terdapat sebuah tangki air milik Jabatan Air di bahagian atas kawasan runtuhan.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagaimanpun sedang memantau dan menganalisis sekitar kawasan tanah runtuh terbabit bagi memastikan status keselamatan di sini,” katanya.


Tambahnya pihaknya juga bertindak memaklumkan kejadian kepada pihak polis agar mengarahkan ketua kampung untuk memberitahu penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tanah runtuh agar mengosongkan rumah untuk tujuan keselamatan.

Menurutnya selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 12.30 tengah hari.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.