Yusuf Bahrin, Zizi Kirana selamat bergelar suami isteri.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, jam 10.30 pagi hari ini.Pereka fesyen yang juga pereka busana pernikahan pasangan itu, Shanell Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Alhamdulillah, Zizi dan Yusof dah selamat dinikahkan,” katanya.
Sementara itu, pengurus Zizi iaitu Farahrizan Razak berkata, satu sesi sidang media bakal diadakan sebentar lagi.
Selamat pengantin baharu Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Semoga berkekalan hingga ke syurga.
SOURCE: Awani
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment