Zydee One Nation Emcees kritikal di HQE II

Picture
Zydee (kiri) diserang angin ahmar yang berpunca daripada pendarahan dalam otak ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth, semalam. Foto Ihsan One Nation Emcees
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Zydee One Nation Emcees alami pendarahan otak

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, 40, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah, akibat diserang strok, semalam.


Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza, Zydee kini berada dalam keadaan kritikal apabila saluran darah ke otaknya pecah.

Picture
ZYDEE (2 dari kanan) bersama anggota One Nation Emcees.

"Saya baru dapat tahu berita ini daripada ahli keluarganya. Saya difahamkan dia diserang strok ketika menerima rawatan di hospital itu. Semalam dia mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital. Namun tiba-tiba dia diserang strok.


"Doktor memaklumkan keadaan Zydee agak kritikal ketika ini apabila saluran darah ke otaknya pecah. Doktor juga beritahu pihaknya tidak dapat melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana amat berisiko tinggi," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Kozae, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Zydee yang kini sedang bertarung nyawa.

"Doktor tidak membenarkan kami melawat Zydee kerana mahu dia berehat dengan secukupnya. Jadi saya mohon kepada sesiapa yang mengenali Zydee mahu pun tidak agar mendoakan kesembuhanya.

"Sekarang ini pihak keluarga dan rakan-rakan hanya mengharapkan kuasa doa daripada semua. Semoga semuanya kembali baik," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post