2 pemburu haram ditahan miliki bakakuk

Picture
SUSPEK: Kedua-dua suspek dan dua haiwan yang sudah diproses (gambar kecil) di bawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KALABAKAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti memburu haram di batu 2, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan tugas di lokasi berkenaan memeriksa sebuah kenderaan yang dinaiki kedua-dua suspek.


Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitenden Mohd Yacob Murad berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki tempatan berumur 27 dan 33 tahun di dalam kenderaan tersebut.


“Hasil pemeriksaan lanjut berjaya menemukan satu laras senjata api buatan sendiri (bakakuk), 13 butir peluru dan dua haiwan buruan yang sudah diproses di dalam kenderaan mereka.


“Bagaimanapun, kedua-dua lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang permit untuk tujuan memburu,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti memburu haiwan dilindungi secara haram dan memiliki senjata api.


“Semua barang rampasan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dianggarkan bernilai RM53,865 itu dibawa ke IbuPejabat Polis (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997 iaitu Seksyen 41 (2) kerana memiliki hasil haiwan dilindungi dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.