7 Terima ‘Datuk Seri Panglima’, 66 gelaran Datuk

Picture
(Atas, dari kiri) Azizah, Bung, Pamela, Rose, Karunanithy. (bawah, dari kiri) Noorliza, Robert, Shahelmey
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

7 menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)


KOTA KINABALU: Datuk Azizah Mohd Dun mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kebesaran negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Picture
Azizah (SPDK), Chong (SPDK), Yee (SPDK), Jafry (JP).

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai menerima SPDK pada tahun ini ialah Datuk Chong Kah Kiat, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Puan Seri Nooraini Abdul Rahman, Datuk Yee Moh Chai dan Tan Seri Zamrose Mohd Zain.

Sementara itu, seramai 66 orang tersenarai menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin, Ketua Wanita MCA Sabah Dr Pamela Yong, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Karunanithy Subbiah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip dan Pesara Polis Robert Foo Vui Tsun.


Turut tersenarai menerima PGDK Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Roland Chia Ming Shen, Menteri Penbangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Ir. Shahelmey Yahya.

Picture
Bung Moktar & Lee Chong Wei Antara Penerima Darjah Kebesaran Sabah

Seramai 10 penerima Jaksa pendamai (JP), antaranya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Jaguh Badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam pada itu, seramai 95 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti Ahli Darjah Kinabalu (ADK) seramai 233 orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) seramai 346 orang, Bintang Kinabalu (BK) seramai 400 orang, Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) seramai 142 orang


Secara keseluruhan seramai 1,299 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini.

Istiadat pengurniaan pingat akan dijadualkan diadakan di Istana Negeri pada jam 9 pagi esok.

Picture
Istana Seri Kinabalu

Robert dalam pada itu pernah berkhidmat selama 26 tahun dalam pasukan polis dengan pangkat terakhir Asisten Superitendan, juga pernah bertugas sebagai wartawan dengan akhbar Sabah Times sebelum menyertai PDRM.

Beliau turut aktif dalam badan bukan kerajaan, termasuk bekas Timbalan Ketua Persatuan Bekas Polis Malaysia Bahagian Sabah, dan bekas Presiden Majlis Persatuan Wargatua Sabah.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.