9 wanita terima bantuan pembedahan katarak percuma

Picture
TAKLIMAT: Eliza (kanan) bersama salah seorang pesakit serta tetamu kehormat lain ketika mendengar taklimat ringkas daripada doktor.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


9 wanita terima pembedahan katarak percuma

KOTA KINABALU: Seramai sembilan wanita dari keluarga berpendapatan rendah B40 telah menerima pembedahan katarak secara percuma sempena Hari Penglihatan Sedunia pada 14 Oktober lalu.

Pencegahan hilang daya penglihatan adalah fokus utama pertubuhan Rotary International. Berikutan pandemik COVID-19 yang berterusan, ramai dalam kalangan pesakit terus menderita akibat penyakit katarak kerana tarikh pembedahan di klinik mata kerajaan ditunda.


Ini adalah kali kedua berturut-turut Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) telah melaksanakan usaha amal berkenaan menerusi 'Hope in Sight Project' khusus kepada mereka yang sangat memerlukan rawatan mata di Sabah.

Projek itu merupakan kerjasama bersama dengan EyeMedics Specialist Eye Centre, Kota Kinabalu. Sasaran utama projek adalah bagi membantu wanita yang tidak mampu membayar kos pembedahan mata untuk mengembalikan daya penglihatan mereka.

Manfaat itu kemudiannya membolehkan mereka mencari pendapatan untuk menyara keluarga masing-masing.

'Hope in sight' mula dilaksanakan pada 2020 atas inisiatif Presiden RCKK Pearl ketika itu Kapitan Eliza Goh.


RCKK Pearl terlibat secara langsung dalam pemilihan pesakit yang layak menerima pembedahan mata berkenaan. Dengan kerjasama Ophthalmologist Dr Terrence Soong, Optometrist Evix Daud dan kakitangan yang lain, penbedahan berkenaan dilakukan di Klinik EyeMedics.

Klinik EyeMedics dalam pada itu turut melancarkan klinik Myopia baharu sempena dengan Hari Penglihatan Sedunia yang khusus membantu golongan dewasa dan kanak-kanak untuk mengawal perkembangan masalah rabun jauh.

Anak salah seorang pesakit yang menerima bantuan pembedahan itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post