Hentikan budaya beli wakil rakyat-Shafie Apdal

Picture
Yusof tidak berbincang dengan saya, kata Shafie
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Shafie Apdal dakwa ada unsur tawar-menawar hingga berlakunya keluar parti

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mahu undang-undang lompat parti disegerakan bagi menghentikan budaya membeli wakil rakyat yang kini sedang berlaku di Sabah.

Picture
Datuk Yusof Yacob yang bertindak mengumumkan keluar parti turut melakukan tawaran wakil rakyat Warisan yang lain dengan sejumlah wang yang besar sekali gus menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS). - Astro AWANI

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perbuatan membeli wakil rakyat ini merupakan budaya tidak sihat yang perlu dihentikan kerana usaha menarik wakil rakyat Warisan sentiasa berlaku biarpun mereka bukan lagi dalam kerajaan.

Beliau berkata, walaupun kerajaan memerintah mahu melaksanakan undang-undang lompat parti tetapi, mereka yang bertindak membeli wakil rakyat.

“Apabila orang mereka melompat menyertai kita, perbuatan itu salah tetapi, apabila wakil rakyat kita melompat menyertai mereka, itu dihalalkan.

Picture
Shafie berucap kepada media.

“Kita faham masalah politik di Sabah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO sedang mengukuhkan jumlah mereka untuk melihat siapa menjadi Ketua Menteri dan berkuasa di Sabah tapi, kita pula menjadi mangsa.

“Berikutan itu, kita mahu memastikan undang-undang lompat parti ini dibentangkan segera di Parlimen.


“Malah, kita sudah bercakap mengenai perkara ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan hari ini.

Ahli Parlimen Semporna ini berkata, beliau amat kesal dengan budaya politik yang berlaku pada hari ini. Perbuatan menghubungi wakil rakyat Warisan dengan menawarkan imbuhan jawatan dan kewangan untuk keluar parti masih berlaku.

“Malah Yusof Yacob cakap, mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain yang ingin masuk dalam GRS akan menerima RM1 juta. Saya amat kesal dengan perbuatan ini kerana perjuangan kita adalah demi rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Picture
MOHD. Shafie Apdal (kanan) bersama pemimpin parti Warisan yang hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu hari ini.

Mengulas lanjut katanya, semasa kerajaan persekutuan berusaha mahu Warisan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyokong kerajaan secara bipartisan tapi, masih ada cubaan menawarkan jawatan dan imbuhan untuk menarik keluar dan menekan mana-mana ahli Parlimen dan ADUN pembangkang bagi menyertai parti kerajaan. Ia amat bertentangan dengan semangat ‘Keluarga Malayia’.

ADUN Senallang ini berkata, Warisan akan terus kekal memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, sama ada di peringkat negeri atau kerajaan persekutuan.


Tambah beliau, Warisan juga berpendirian bahawa parti itu merupakan parti politik terkuat di Sabah dengan 20 kerusi DUN. Tiada parti lain yang mempunyai kekuatan sebegitu di peringkat negeri.

“Dengan kekuatan yang ada dan rekod pentadbiran yang baik ketika Warisan memerintah kerajaan negeri, kami yakin bahawa Warisan akan menjadi pilihan utama pengundi pada pilihan raya yang akan datang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.