PENAMPANG: Penduduk di Taman Cendawan di sini terputus bekalan air selama beberapa jam selepas seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza merempuh saluran paip utama menyebabkan ianya pecah berhampiran simpang ke Jabatan Air di sini, Isnin.
Lelaki berumur 27 tahun itu dipercayai sedang menghala ke Taman Suria dari Kepayan Ridge apabila insiden jam 12 tengah malam itu berlaku.
Dia mendakwa gagal mengawal kenderaannya ketika cuba mengelak dari merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Lelaki itu tidak mengalami kecederaan.
Difahami bahawa bekalan air ke Taman Cendawan akhirnya pulih pada jam 4 pagi.
SOURCE: Daily Ekspress
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment