Lelaki pekak gagal rayuan terakhir terhadap hukuman mati

Picture
Lelaki pekak hilang rayuan terakhir terhadap hukuman mati
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Dituduh bunuh kekasih berusia 15 tahun: Hukuman mati lelaki OKU kekal

Seorang lelaki tempatan gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh bekas teman wanitanya di Kota Marudu, lima tahun lalu.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Abdul Rahman Sebli menolak rayuan Mohd Faizul Abdul Jalil selepas mendengar penghujahan daripada peguam tertuduh dan pihak pendakwaan sebagai responden, secara maya.

Mahkamah berpendapat bahawa tiada kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.


Faizul, seorang pekak (OKU) berumur 24 tahun, merayu terhadap sabitan dan hukuman mati kepadanya oleh Mahkamah Tinggi.

Dia pada 12 Oktober 2018 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh Asrina Sahran, 15, pada pukul 9.10 malam 11 Oktober 2016 di hadapan sebuah rumah di Kg Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Faizul pada 26 November 2019.


Dia disabit kesalahan membunuh Asrina Sahran, 15, pada pukul 9.10 malam 11 Oktober 2016 di depan sebuah rumah di Kg Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Faizul, berhujah antara lainnya bahawa terdapat keraguan munasabah sama ada tertuduh mempunyai niat untuk mengakibatkan kecederaan pada simati dan disebabkan bukti tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan membunuh, maka pensabitan Faizul tidak selamat.

Bukti hanya cukup untuk membuktikan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Hamid berhujah.


Peguam Hamid Ismail yang mewakili Faizul menyatakan tujuh sebab rayuan yang dihimpunkan kepada dua, iaitu hakim perbicaraan telah khilaf dalam undang-undang, malah memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedangkan bukti pendakwaan tidak cukup untuk membuktikan kesalahan berkenaan; dan hakim perbicaraan tidak menyedari sepenuhnya dan memahami pembelaan perayu.

Hamid merayu supaya rayuan dibenarkan dengan berhujah, antara lainnya, bahawa pertimbangan semua bukti akan menunjukkan terdapat keraguan munasabah sama ada Faizul mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan pada si mati.

Oleh sebab bukti tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabitan perayu adalah tidak selamat, kata Hamid, menambah bukti hanya cukup untuk membuktikan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) How May Ling dalam jawapannya berhujah antara lainnya, bahawa hakim perbicaraan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya memenuhi dan membuktikan keperluan Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan bahawa Faizul berniat untuk menyebabkan kecederaan maut dengan penggunaan pisau ke atas mayat si mati, dan itu memberi inferens daripada perbuatannya sendiri menggunakan pisau terhadap seorang gadis yang tidak mampu mempertahankan dirinya sedangkan dia tahu ia senjata berbahaya dan berkemungkinan menyebabkan kematian.

DPP How berhujah bahawa hakim perbicaraan memutuskan dengan betul bahawa motif bukan elemen perlu dalam kesalahan itu, motif mungkin hanya menjadi relevan jika kes pendakwaan secara dasarnya bergantung pada bukti tidak langsung.

DPP How selanjutnya berhujah bahawa senjata digunakan sudah cukup untuk menunjukkan perayu mempunyai niat untuk membunuh si mati.


Hujah bahawa tempat kejadian jenayah itu berada dalam keadaan gelap, tidak relevan kerana pisau adalah senjata yang boleh membawa maut, sebaik digunakan, sama ada di tempat terang atau gelap, akan menyebabkan kecederaan parah hingga mati.

Dengan itu, penggunaan senjata itu merupakan petunjuk niat perayu, kata pendakwaan.

“Jika benar kejadian tikam itu tidak disengajakan, tiada sebab untuk perayu melarikan diri dan dia sepatutnya memberi bantuan kepada si mati,” hujah DPP Low.

Panel serta pendakwaan berada di Putrajaya sementara Hamid dan Faizul berada di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. – DE

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.