Lelaki tempatan maut jatuh dari tingkat 5 bangunan
Tawau: Lelaki ditemukan meninggal dunia dengan kecederaan parah di kepala dipercayai terjun dari tingkat lima sebuah pusat membeli-belah di Jalan Kuhara, dekat sini, awal pagi tadi.
Seorang lelaki ditemukan mati, dipercayai terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, sekitar jam 6 pagi, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner ACP, Peter Umbuas berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Thien Chee Siong, 38, ditemui terlentang di kaki lima bangunan tersebut oleh pengawal keselamatan.
MAYAT mangsa ditemui orang awam awal pagi tadi. FOTO Abdul Rahemang Taiming
Difahamkan dalam kejadian 3.25 pagi itu, mangsa yang masih belum diketahui identiti ditemukan orang awam terbaring di siar kaki berhampiran tempat letak kereta di belakang bangunan berkenaan.
Menurut Peter, pengawal keselamatan itu menghubungi polis berhubung penemuan mayat yang mengalami kecederaan di kepala dengan kesan darah.
“Turut ditemui di lokasi kejadian adalah beg mengandungi pakaian dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan media.
Menurut pekerja di situ yang enggan namanya disiarkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa memasuki pusat membeli-belah melalui laluan kenderaan ke kawasan tempat letak kereta bertingkat di bangunan itu.
Mayat lelaki yang dipercayai terjun bangunan 5 tingkat.
Katanya, semua pintu ke pusat membeli-belah itu ditutup selepas jam 8 malam dan mangsa dikatakan menggunakan laluan terbabit sehingga ke tingkat lima bangunan sebelum terjun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
"Mangsa disyaki terjun dan setakat pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk motif atau punca sebenar mangsa bertindak sedemikian," katanya.
Peter berkata, kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu merakam kelibat mangsa berjalan masuk ke dalam kawasan bangunan dan berada di tingkat lima sekitar jam 3 pagi.
Bagaimanapun, katanya, pergerakan mangsa terjun dari bangunan tiada dalam rakaman CCTV kerana peralatan itu tidak diletakkan di kawasan kejadian.
Menurutnya, mangsa dipercayai terjun dari ruang bangunan tingkat lima dengan tujuan membunuh diri.
Tambahnya, motif tindakan mangsa terjun dari bangunan masih dalam siasatan dan polis klasifikasikan kes tersebut sebagai laporan mati mengejut (SDR).
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment