Pemandu parah, lori Tow Truck bertembung tangki minyak

Picture
Kemalangan membabitkan lori tangki dan lori pengangkut di kilometer 31, berhampiran Kampung Tomis Mangi Pangi, Ranau. Gambar ihsan JBPM Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Picture
Pemandu parah, lori pengangkut bertembung tangki minyak

Ranau: Seorang lelaki parah selepas dua kenderaan membabitkan lori pengangkut kenderaan dan lori tangki minyak bertembung dalam kejadian di kilometer 31, berhampiran Kampung Tomis Mangi Pangi, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, pemandu lori berusia 30 tahun terbabit mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas terperangkap di dalam kenderaannya.

Picture
Keadaan mangsa yang tersepit dalam lori yang dipandunya. Gambar ihsan pembaca

Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 pagi.


Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam manakala pemandu lori tangki berusia 42 tahun selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Pasukan EMRS segera memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba turut melakukan tindakan membuka kepada bateri lori berkenaan serta membersihkan kawasan kemalangan dengan menggunakan satu aliran.

Katanya, selepas memastikan tiada lagi kemerbahayaan yang wujud dan ketibaan pasukan polis dilokasi bagi mengawal lalu lintas, operasi ditamatkan pada jam 12.34 tengah hari.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.