Usaha menyelamat dilakukan sepasukan tujuh anggota dan pegawai yang tiba bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, menurut bomba.
Wanita pesakit COVID-19 diselamatkan bomba selepas terperangkap ketika cuba larikan diri
KENINGAU: Cubaan seorang pesakit Covid-19 untuk melarikan diri dari Hospital Keningau, membawa padah apabila dia terperangkap di salah satu tingkat bangunan terbabit, pagi tadi.
Anggota bomba berjaya menyelamatkan wanita yang terperangkap di tingkat 1 bangunan Hospital Keningau.
Tindakan wanita berusia 24 tahun itu menyebabkannya terpaksa diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan berjaya dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6.19 pagi. - Foto ihsan JBPM Sabah.
Difahamkan, wanita terbabit dimasukkan di wad sejak semalam lagi.
Ketua BBP Keningau Sharudy Delamin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, usaha menyelamat itu dilakukan oleh sepasukan tujuh anggota dan pegawai yang tiba bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati terperangkap di tingkat satu di bahagian luar bangunan Hospital Keningau.
“Pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) kemudiannya menjalankan operasi menyelamat menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Harian Metro.
Katanya, mangsa kemudiannya berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan lanjut.
SOURCE: FMT
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Salam ziarah..pesakit covid-19 pula ni ya..ok..syukur dia selamat.
ReplyDeletePost a Comment