‘Saya tidak lepaskan jawatan sebagai ADUN’ – Dr. Yusof

Picture
Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan pada 7 Okt dan menjadi ADUN bebas yang menyokong GRS.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


ADUN Sindumin Nafi Tandangan Surat Letak Jawatan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob akhirnya tampil bersuara berhubung surat peletakan jawatan sebagai ADUN yang tular dalam media sosial.

Picture
DR. YUSOF YACOB

Dr. Yusof berkata, beliau tidak melepaskan jawatan sebagai ADUN seperti dinyatakan dalam surat bertarikh 8 Oktober yang tular.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya (peletakan jawatan), saya tidak pernah menandatangani surat bertarikh 8 Oktober 2021 seperti yang viral (tular) itu.

“Saya difahamkan surat itu dihantar oleh peguam Warisan kepada Speaker DUN. Maka, kita tunggu keputusan Speaker DUN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pada Jumaat lalu, peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) menghantar surat peletakan jawatan yang ditandatangani lebih awal oleh Yusof kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Speaker DUN, Datuk Kadzim M. Yahya turut mengesahkan menerima surat daripada Warisan.

Malah, beliau turut menerima surat daripada Yusof bagi membatalkan surat Akujanji yang ditandatangani lebih awal selaku calon Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

ADUN Sindumin itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 8 Oktober lalu bagi menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan parti itu akan mengheret ADUN Sindumin ke mahkamah berikutan tindakan Yusof yang melanggar ikrar taat setia yang ditandatangani semasa PRN Sabah pada September tahun lalu.


Berdasarkan ikrar setia yang ditandatangani itu, semua wakil rakyat Warisan perlu meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya mereka bertindak keluar parti selepas pilihan raya.

ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir yang bertindak keluar parti pada 23 Februari turut berhadapan dengan tindakan mahkamah kerana enggan melepaskan jawatan sebagai ADUN.- UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post