Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata, dia sangat bersyukur apabila urusan perkahwinannya dipermudahkan selepas berjaya menjejaki bapanya.
Kuala Lumpur: Penyanyi Zizi Kirana, 36, mendedahkan antara peristiwa manis berlaku sewaktu perkahwinannya baru-baru ini adalah dapat menjejak semula bapa kandungnya selepas terputus hubungan selama 33 tahun.
Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata, dia sangat bersyukur apabila urusan perkahwinannya dipermudahkan selepas berjaya menjejaki bapanya.
"Ibu bapa bercerai ketika saya baru berusia tiga tahun, selepas itu kami tidak bertemu lagi. Sewaktu urusan perkahwinan, saya berusaha mencari wali termasuk mengiklankan mengenai bapa menerusi akhbar.
"Saya turut melakukan carian di Instagram dan terjumpa nama adik-beradik lain. Apabila dimaklumkan kepada ibu, dia terlebih dulu menghubungi bapa untuk menyatakan hasrat kami.
"Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan Allah," katanya.
Penyanyi lagu Eh itu sangat gembira apabila akhirnya dapat bercakap dengan bapanya.
"Selepas itu barulah saya dapat bercakap dengan bapa. Walaupun hanya berhubung melalui panggilan telefon, namun bapa memberikan kerjasama sangat baik. Semua dokumen penting untuk pernikahan saya dan suami dibuat menerusi penghantaran kurier," katanya.
Zizi berkongsi mengenai perkara itu dalam temubual menerusi Instagram Live anjuran Nurflixtv berjudul Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan, Ahad lalu.
Temubual itu dihoskan oleh Diana Amir dan panel adalah Zizi, Faralyna Idris dan Ustazah Asni.
Zizi melangsungkan pernikahan dengan pelakon Yusuf Bahrin di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, pada 16 September lalu.
Majlis ringkas itu cuma dihadiri ahli keluarga secara terdekat. Pasangan terbabit memaklumkan mereka terpaksa membuat persiapan kurang seminggu sebaik mendapat tarikh nikah.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Subahanallah..tak kemana..kena bertanggungjawab. Tahian artis zizie
ReplyDeletePost a Comment