Senarai Tempat Percutian Menarik Di Keningau

Picture
Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Keningau
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Tempat Menarik di Keningau Yang Menjadi Tumpuan Pelancong

Daerah Keningau tidak kurang juga hebatkan dalam menyumbang kepada sektor pelancongan negeri Sabah.

Keningau memiliki banyak tempat bersejarah ke pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, dan turut dijajah British, dan Jepun.

Picture
Selain itu Keningau turut mempunyai banyak lokasi rekreasi, tarikan alam semula jadi, dan pusat kraftangan.

Untuk lebih lanjut, jom lihat senarai tempat menarik di Keningau.


Walaupun tidak popular seperti Sandakan dan Kundasang, ini tidak bermakna Keningau tidak berbaloi untuk di kunjungi. Sebab itulah kami ingin berkongsi tarikan yang ada di Keningau.

#1 Keningau Oath Stone

Tempat bersejarah di Keningau, Batu Bersumpat Keningau merupakan monumen bersejarah Malaysia.

Ia adalah tanda Jajahan Mahkota British di Borneo Utara bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu lain bagi membentuk Malaysia.


Bukan itu sahaja, batu ini tanda persetujuan berkaitan agama, tanah dan adat anak negeri yang perlu diberi jaminan oleh kerajaan Pusat, selain janji rakyat di pedalaman Sabah untuk bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia.

Kini ia terletak di Muzium Warisan Keningau. Anda boleh datang dan bergambar di sini.

Alamat: 89000 Keningau, Sabah

#2 Muzium Warisan Keningau

Muzium ini menggunakan bangunan bangunan bersejarah di Keningau, iaitu bekas Rumah Rehat Kerajaan yang dibina pada 1946.


Apa yang menarik di muzium ini adalah ia menempatkan banyak sejarah tentang budaya, sejarah penjajahan dan gabungan dengan Malaysia, serta agama di Keningau.

Menarik juga untuk anda kunjungi bersama anak-anak.

Harga tiket: Percuma

Alamat: 89000 Keningau, Sabah

#3 Keningau War Memorial

Juga dikenali sebagai Cho Huan Lai Memorial, dibina untuk memperingati prajurit yang terkorban menentang Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Keningau pernah dibom oleh Jepun dan mengorbankan banyak nyawa sebelu dibantu oleh tentera Australia.


Taman ini dijaga dengan baik dan mempunyai tugu. Jika anda datang pada hujung minggu, ramai pelancong dari Australia datang melawat untuk menghormati jasa nenek moyang mereka.

Antara tempat bersejarah lain di Keningau yang boleh anda lawati adalah Ansip Ferry Memorial Park dan Japan Surrender Point.

#4 Gua Laing

Gua Laing disenaraikan sebagai destinasi pelancongan terbaharu di Keningau. Gua ini bakal menjadi destinasi utama bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.


Terdapat tiga laluan masuk ke Gua lain ini dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk masuk ke dalam gua.

Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana jalan untuk ke lokasi ini agak berliku dan memerlukan anda merentas hutan dan mendaki. Malah, permukaan gua ini agak licin.


Alamat: Jalan Kampung Bunga Raya, Apin-apin

#5 Bukit Trig

Kalau anda mencari tempat menarik di Apin-Apin, anda boleh ke Bukit Trig. Ia merupakan tempat hiking. Apa yang menariknya anda tidak memerlukan pengalaman mendaki.


Ini kerana laluan pejalan kaki, tali, dan anak tangga sudah di sediakan buat pengunjung. Di sepanjang perjalanan anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis tumbuhan berserta dengan papan tanda.

Penat anda akan hilang sebaik tiba di puncak bukit. Di puncak, anda bakal disajikan dengan pemandangan yang menghijau dan bukit-bukau.


Alamat: Jalan Apin-Apin Lama, 89650 Keningau, Sabah

#6 Pusat Rekreasi Taman Bandukan

Pusat Rekreasi Taman Bandukan adalah sebuah tempat rekreasi di Keningau yang penuh dengan aktiviti.


Ia orang awam kerana banyak fasiliti yang tersedia. Jika anda gemarkan aktiviti outdoor, pastikan anda melawat Taman Badukan.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini:

Bekhemah
Memancing
Mandi sungai
Meraikan hari keluarga Berkelah
Malah terdapat resort untuk anda inap.

Alamat: 89000 Keningau, Sabah

#7 Mee Woo Resort & Spa Keningau, Sabah

Biarpun baru sahaja beroperasi, Mee Woo Resort & Spa sudah menjadi salah satu tempat menarik di Keningau 2018. Banyak tarikan yang ada di Mee Woo dan semuanya bakal melengkapkan percutian anda.


Antaranya seperti resort yang selesa, kolam renang, spa, dan restoran. Yang menjadi tarikan sudah tentulah kolam renang. Menjadi tempat mandi di Keningau, Mee Woo menyediakan dua buah kolam renang iaitu untuk kanak-kanak dan untuk dewasa.

Kolam renang kanak-kanak mempunyai kedalaman air yang cetek dan gelongsong menarik.

#8 Air terjun di Keningau

Terdapat 3 buah air terjun di Keningau yang boleh anda jadikan sebagai tempat mandi manda.


Kesemuanya memerlukan anda ‘masuk hutan’ dan jungle trekking. Mungkin tidak berapa sesuai untuk anak-anak.


Tetapi jika anda ke sana bersama rakan-rakan ia bakal merakam memori indah.

Air Terjun Berkembar Keningau
Air Terjun Tinaaman
Air Terjun Mandanan


#9 Crocker Range Park

Apa yang membuatkan Keningau menarik adalah kerana ia merupakan sebahagian daripada Banjaran Crocker. Keindahan flora dan fauna di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


Untuk mereka yang cintakan alam sekitar, Crocker Range Park wajib dilawati. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah

Melawat tapak bunga Raflesia
Jungle trekking
Memerhati burung
Berkhemah
Melawat zoo mini


Alamat: Tambunan, Sabah

Tempat Shopping di Keningau

Tamu Ground Keningau
Pasar Tamu Apin-Apin
Pasar Malam Keningau
Tamu Kraf Taman Bandukan


Itu di antara tempat menarik di Keningau yang boleh anda lawati. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian di Keningau kelak.

SOURCE: Sabahpost

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post