Suami Maut, Isteri & Anak Selamat Kenderaan Terbabas

Picture
TERBALIK: Keadaan kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang terbalik selepas terbabas di Kampung Poring, Membakut di sini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Pemandu maut kenderaan terbabas sebelum terbalik

BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Kampung Poring, Membakut di sini kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata mangsa dikenalpasti sebagai Ambros Sinting berumur 48 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama anak dan isterinya dalam perjalanan menaiki kenderaan berkenaan dari Kampung Ulu Lumagar, Bongawan menuju ke Pekan Membakut.


“Semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik,” katanya.

Menurutnya impak kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi kejadian.


“Isteri dan anak mangsa masing-masing berumur 44 dan 25 tahun bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Beaufort untuk proses selanjutnya.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.