Wanita maut diserang buaya ketika mandi di Sungai Kg Serudung Laut, Kalabakan

Picture
HILANG: Lokasi mangsa dipercayai hilang dipercayai dibaham buaya.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Mayat Wanita maut dibaham buaya ketika mandi sungai ditemukan selepas 12 jam

TAWAU - Seorang wanita maut dibaham buaya dalam kejadian di sungai di Kampung Serudung Laut, Kalabakan, di sini, pada Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Fosanih Nansel, 22, sedang mandi sendirian di sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang dipercayai akibat dibaham buaya oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah.


Mayat Fosanih kemudian ditemui kira-kira jam 8 pagi Ahad oleh orang awam yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Picture
Wanita hilang dipercayai diserang buaya. Operasi SAR ditangguhkan selepas pukul 12 tengah malam atas faktor risiko di kawasan kejadian. - Ihsan Bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.19 malam Sabtu.

Picture
Mayat Fosanih ditemui pada Ahad, kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya.

Mayat Fosanih ditemui pada Ahad, kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya. Katanya, seramai lima anggota bomba BBP Tawau bersama empat anggota Pasukan Sukarela Bomba (PBS) Kalabakan dikejar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 128 kilometer dari balai berkenaan.

"Sebaik tiba, didapati memang berlaku kejadian seorang mangsa dibaham buaya dan maklumat segera diambil daripada ahli keluarga, namun operasi SAR tidak dapat dilakukan ketika itu kerana mengambil kira risiko di kawasan terbabit.


"SAR pada hari kedua dijalankan hari ini (Ahad) dan mayat mangsa dengan kesan gigitan pada anggota badan dipercayai akibat dibaham buaya ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.