Pemilihan pemain kuasa jurulatih - SAFA

Picture
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

SAFA tidak campur tangan soal pemilihan pemain

Kota Kinabalu: “Pemilihan pemain sama ada pemain tempatan atau luar bergantung kepada perancangan ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee”.

Picture
Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan sebagai mengulas pasukan Sabah tidak berminat untuk mendpatkan pemain tempatan.


Jelani berkata, pasukan Sabah FC sememangnya sentiasa bersedia dan terbuka untuk mengadakan perjumpaan dengan pemain yang berminat menyertai pasukan Sabah FC.

Bagaimanapun katanya, pemain perlu menjalani proses pemilihan bagi mengenalpasti sama ada kemampuan mereka bersesuaian dengan taktikal, kriteria dan perancangan jurulatih.

“Saya ingin memberi fokus satu isu yang tular di media sosial mengenai bekas pemain yang didakwa seperti merajuk, kecil hati dan sebagainya.



“Buat masa ini kita tidak dapat membuat perpindahan atau pembelian pemain untuk Sabah FC sehingga selesai Piala Malaysia. Apabila selesai nanti, perancangan untuk musim depan akan dibuat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jelani berkata, pihaknya turut menafikan dakwaan kononnya SAFA tidak mempedulikan pemain tempatan yang berminat untuk bermain dengan Sabah FC.

Katanya, isu Sabah FC tidak ‘berminat’ dengan pemain berasal Sabah itu tidak betul, kita terbuka untuk berjumpa semua pemain yang berminat.

“Saya tidak boleh mengambil pemain begitu saja tanpa melalui prosedur dan kriteria yang ditetapkan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC.

Picture
“Kita mahu lebih serius, kita terbuka untuk semua anak tempatan apa lagi orang luar, kita akan ambil kalau menepati kriteria yang dimahukan Datuk Ong Kim Swee.


“SAFA juga tidak akan campur tangan dalam aspek pemilihan pemain dan semuanya tertakluk di bawah kuasa Datuk Ong Kim Swee.

Menurutnya, walaupun sebagai Pengarah Sabah FC, beliau tidak mahu campur tangan dan sebaliknya memberi kebebasan kepada jurulatih sebab mereka lebih pakar dalam bola sepak.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.