Projek 'skytrain' RM2.4 bilion di Kota Kinabalu

Picture
Projek 'skytrain' RM2.4 bilion di Kota Kinabalu
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Projek 'skytrain' RM2.4 bilion di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Sabah bakal memiliki perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih moden dan selesa dengan cadangan pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang bakal menyaksikan pembinaan 'skytrain' pertama di bandar raya ini.

Picture
Projek dianggarkan bernilai RM2.425 bilion itu dilaksanakan secara usaha sama membabitkan empat syarikat termasuk cabang pelaburan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Bhd (QSB).


QSB dalam satu kenyataan, memaklumkan pihaknya menerusi WHSB Ventures Sdn Bhd (WVSB) bekerjasama dengan Vizione Construction Sdn Bhd, Sycal Skycity Sdn Bhd dan Guangcai China (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan projek berkenaan.

Semalam, wakil keempat-empat syarikat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka lebih lanjut pelaksanaan projek itu selain cadangan pembangunan komersial bercampur di kawasan seluas 64 hektar di Tanjung Lipat, di sini.

Picture
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri) menerima cenderamata daripada Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd (QSB), Datuk Seri Salleh Said Keruak selepas majlis menandatangani MoU projek 'skytrain' di Kota Kinabalu. - NSTP/QSB

Majlis menandatangani MoU berkenaan yang berlangsung di ibu negeri disaksikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi QSB, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

MoU berkenaan bagi mewujudkan kerjasama rasmi tanpa ikatan berkaitan dengan persediaan dan pelaksanaan projek terbabit sehingga rundingan akhir ke arah ikatan perjanjian rasmi di antara semua pihak selesai.

Perkhidmatan 'skytrain' menerusi projek RTS itu dicadang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke pusat bandar raya ini hingga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Alammesra di Likas dengan jarak kira-kira 25 kilometer.



Berdasarkan kenyataan dikeluarkan QSB, fasa pertama projek 'skytrain' yang bermula dari KKIA ke pusat bandar raya sejauh 10.5 kilometer dijangka mengambil masa 3 tahun untuk dibina membabitkan kos hampir RM1 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh sekumpulan pelabur.

Picture
Katanya, projek fasa pertama merangkumi pembinaan beberapa stesen atau terminal 'skytrain', iaitu KK Central, Jalan Gaya dan berakhir di Terminal Jesselton New City, kawasan pembangunan bercampur yang dilaksanakan serentak dengan anggaran kos RM5 bilion.

"Cadangan awal menetapkan satu konsesi pengurusan mengoperasikan perkhidmatan 'skytrain' menggunakan syarikat tujuan khas (SPV) dengan pegangan entiti dalam bentuk perkongsian bebas dan dimiliki kerajaan negeri. Ini akan diwujudkan pada peringkat seterusnya," katanya.


Bagi projek fasa dua 'skytrain', ia akan dikenali KKIA Express Line 2 sejauh 15 kilometer bermula dari Jesselton New City ke Menara Kinabalu (Pusat Pentadbiran Kerajaan Sabah), Pusat Pentadbiran Persekutuan Sabah, UMS dan pusat komersial Alammesra di Likas.

Projek fasa dua dijangka menelan kos RM1.425 bilion dan akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post