AirAsia sahkan pesawat KL-Tawau dilencong ke Kuching kerana 'Insiden Ular' dalam pesawat

Picture
Kumpulan AirAsia mengesahkan ‘kejadian’ di dalam salah satu pesawatnya, selepas ditanya mengenai video dan mesej dari media sosial yang mendakwa seekor ular dilihat oleh penumpang di dalam kabin ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau semalam. ― Gambar dari media sosial
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



[Terkini] AirAsia Tampil Perjelas Isu Penerbangan KL-Tawau Terpaksa Mendarat Di Kuching Akibat Seekor Ular

Kota Kinabalu: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak, semalam.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku 'insiden' di dalam penerbangan terbabit semalam yang memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat.

Picture
Pesawat tersebut dilaporkan berada dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.

"Sebaik Kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat. Insiden ini jarang berlaku pada mana-mana pesawat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkaitan dengan 'insiden' kelibat ular dilihat berada dalam pesawat terbabit ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau seperti tular dalam media sosial.



@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music - Sound Collective
Tien Ling berkata, Kapten kapal mengambil tindakan dengan sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.


Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat menunjukkan terdapat kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat yang dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.


Video yang tular di Tik Tok itu dimuat naik seorang pemilik akaun yang menyatakan bahawa pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak.

SOURCE: therakyatpost.com

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post