KERETA mangsa yang ditemui orang awam. FOTO ihsan bomba
Bau busuk bongkar penemuan mayat terbaring dalam kereta
Tuaran: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak kelmarin, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di Kampung Lakang, Tamparuli, malam tadi.Penemuan warga emas terbabit disedari pemilik kereta selepas terhidu bau busuk dari Proton Persona, jam 7.20 malam tadi.
Katanya, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Kampung Tambalugu, Berungis.
Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di dalam kereta di Kampung Lakang, Tamparuli.
“Pada jam 7.20 malam tadi, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang Proton Pesona di Kampung Lakang, Tamparuli iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Kejadian hanya disedari pemilik kereta berkenaan selepas terhidu bau busuk,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tuaran Timbalan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata John Maria Ambrose (gambar), yang tinggal di Kg Tambalugu, Tamparuli, ditemui dalam kenderaan itu pada 7.20 pagi di Kg Lakang, kira-kira 2km dari rumahnya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi SAR tamar jam 8.37 malam,” katanya. -Deasoka
SOURCE: deasoka.com
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment