LFL berkata bahawa mengenakan hukuman mati ke atas orang kurang upaya mental adalah 'bertentangan dengan undang-undang antarabangsa kebiasaan, tidak berperikemanusiaan dan memuakkan'. — Gambar oleh Ahmad Zamzahuri
Kumpulan peguam kecam rancangan Singapura jalankan hukuman mati seorang lagi OKU mental Malaysia
Lawyers for Liberty berkata Pausi Jefridin dari Sabah tidak harus digantung ketika rayuan Nagaenthran masih belum selesai.Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menuntut Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang lagi warga Malaysia yang juga kurang upaya (OKU) mental.
LFL menggesa hukuman mati terhadap Pausi Jefridin dihentikan kerana ketidakupayaan inteleknya.
Singapura dipercayai akan melaksanakan hukuman mati terhadap Pausi pada Rabu, 16 Feb.
Zaid Malek, ketua penyelaras untuk LFL, berkata, permohonan semakan kehakiman baharu telah difailkan secara segera bagi menyekat hukuman gantung terhadap Pausi Jefridin dan Roslan Bakar. — Gambar oleh Shafwan Zaidon
“Pausi mendapat skor IQ sebanyak 67, di bawah nilai ambang 70 yang membolehkan seseorang itu diisytiharkan sebagai OKU mental dan dengan itu berada dalam perlindungan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). ADS
“Memandangkan Singapura telah menerima CRPD, maka meneruskan hukuman tersebut bermaksud Singapura dengan sengaja mengabaikan tanggungjawab antarabangsanya,” kata LFL dalam satu kenyataan hari ini.
Pausi didakwa menyeludup dadah ke republik itu bersama warga Singapura Roslan Bakar pada 2008.
Sebuah gambar menunjukkan seorang pengawal pagar penjara bersenjata di Penjara Changi, Singapura. Gambar: AFP
Mereka berdua gagal dalam rayuan di mahkamah pada 2017 yang memohon hukuman mati tersebut diubah kepada penjara seumur hidup walaupun peguam memetik laporan perubatan mengenai keupayaan intelektual yang akan menjadikan pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka tidak sah di bawah undang-undang Singapura serta perjanjian antarabangsa.
“Di sebalik kecaman antarabangsa diterima kerajaan Singapura pada November 2021 ketika hendak menjalankan hukuman mati terhadap Nagaenthran, mereka tetap bersikap acuh tidak acuh terhadap pandangan dunia dengan sekali lagi merancang untuk gantung seorang lagi OKU mental.
“Singapura sering tidak mengendahkan tanggungjawab antarabangsanya. Pelaksanaan hukuman mati terhadap OKU mental adalah tidak berperikemanusiaan.
“Undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan Singapura melarang hukuman mati terhadap pesalah OKU mental,” kata LFL.
Dalam pada itu, LFL berkata keluarga Pausi hanya menerima notis hukuman mati itu pada 9 Februari 2022 iaitu tujuh hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman matinya.
“Tindakan tergesa-gesa untuk menjalankan hukuman mati terhadap OKU mental ini tidak masuk akal," kata LFL.
Difahamkan bahawa Roslan Bakar, seorang warga Singapura didapati memiliki “kemampuan terhad untuk membuat keputusan disebabkan kecacatan kognitif”, juga dijangka berdepan hukuman mati pada hari yang sama.
“Kami menggesa kerajaan Singapura untuk menghentikan hukuman mati terhadp Pausi Jefridin dan Roslan Bakar serta-merta, kaji semula kesnya secara menyeluruh dan mempertimbangkan pelaksanaan pengampunan Presiden memandangkan ketidakupayaan mental mereka dan tanggungjawab dalam perjanjian Singapura di bawah CRPD,” kata LFL.
SOURCE: MK
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment