Pelajar KV Keningau Jurusan Teknologi Binaan Sabah Bentang Inovasi Di Persidangan Turki

Pelajar Teknologi Binaan Sabah bentang inovasi di Turki

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KENINGAU : Pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada tiga pelajar jurusan teknologi binaan telah membentang projek mereka di persidangan dalam talian yang berpusat di Antalya, Turki, pada 18 Februari 2022.

Picture
Alesyah Asa, Nur Syahirah Ariffin dan Gabriella George adalah pelajar tahun akhir dan inovasi yang dibentang ini adalah projek tahun akhir mereka.


Pasukan ini telah mengubahsuai sebuah peralatan yang membantu menurap simen secara sama rata di permukaan lantai untuk pemasangan jubin.

Mereka telah memasang motor berkuasa elektrik untuk membolehkan projek ini beroperasi secara automatik.

Pasukan ini pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 dan geran berjumlah RM 4000 dari The Awesome Foundation Amerika Syarikat pada tahun yang sama.

Picture
Picture
Picture
Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini dan memuji usaha mereka kerana telah merekacipta inovasi yang selaras dengan konsep revolusi industri 4.0.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost


Pembentangan pelajar ini boleh diakses melalui pautan berikut:



SOURCE: SP

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post