Dua maut termasuk kanak-kanak perempuan, kemalangan 3 kenderaan

Kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Jalan Tagasan, Tawau-Semporna. Pix Ihsan Bomba

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Wanita dan bayi perempuan maut dalam kemalangan 3 kereta di Jalan Tagasan, Tawau – Semporna

Semporna: 2 maut termasuk kanak-kanak perempuan dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Jalan Tagasan, Tawau – Semporna, petang tadi.



Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, kanak-kanak terbabit bersama seorang mangsa wanita berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta Perodua Kancil dinaiki mereka.


Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil. Selain itu, dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang turut berada di dalam kereta berkenaan dilaporkan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 petang.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Toyota Hilux dan lori 20 tan.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan tersepit dalam Perodua Kancil dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


“Manakala tiga mangsa yang parah dihantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera EMRS dan ambulans.


“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain wujud. Operasi ditamatkan jam 7.14 petang,” katanya.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post