MELAKA, 31 Julai - Pesilat wanita negara Nor Farah Mazlan meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pesilat Singapura Nadhrah Sahrin pada perlawanan akhir Tanding kategori A Wanita pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dekat Ayer keroh, hari ini. fotoBERNAMA
Muhammad Robial, Nor Farah Mazlan lakar nama sebagai Juara Dunia Silat baharu
MELAKA: Misi meletakkan nama sebaris jaguh dunia dalam arena silat menjadi kenyataan buat tiga pesilat negara di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di sini.Bertanding dalam Kelas I Putera, Muhammad Robial meraih kemenangan selepas penyertaan lawannya, Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin dari Singapura dibatalkan.
Kemenangan itu susulan tindakan Muhammad Nurshahfareeq yang menumbuk di bahagian pipi kanan Muhammad Robial, sekali gus menyebabkan pesilat dari Kedah itu jatuh dan memerlukan bantuan perubatan di dalam gelanggang. Pemenang Sukan SEA 2017 itu terpaksa diusung keluar ke bilik rawatan manakala Muhammad Nurshahfareeq diberi amaran dan seterusnya dibatalkan penyertaan ketika pesilat Singapura itu sudah mendahului 18-16.
Sementara itu, Nor Farah kini boleh tersenyum lebar apabila menyertai senarai juara dunia selepas meraih kemenangan dalam Kelas F Puteri.
Malaysia menghampiri sasaran tujuh pingat menerusi Kategori Artistik dan Tanding apabila setakat ini mencatat enam pingat emas keseluruhan bagi edisi kejuaraan ke-19 yang disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada dan Vietnam. - Bernama
SOURCE: Sabahtaim
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment