Ada syak gua harta peninggalan Sultan Sulu, tapi pendedahan malim Gunung Kinabalu ini memang mengejutkan
Penampakan ‘Lubang’ Misteri Di Gunung Kinabalu
AWAL tahun ini fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 mengg3mparkan pendaki termasuk malim di gunung itu.
Lubang pada Gunung Kinabalu itu boleh dilihat dari arah Kampung Tambatuon, Kota Belud, Sabah.
Terbaru, gunung tertinggi di Malaysia itu sekali lagi mengg3mparkan warganet apabila tular video yang memaparkan adanya lubang aneh pada gunung berkenaan.
Menurut pengguna TikTok, Abg Jey yang memuat naik video itu, lubang pada Gunung Kinabalu itu boleh dilihat dari arah Kampung Tambatuon, Kota Belud, Sabah.
Jika diteliti pada video kompilasi gambar-gambar itu, lubang berkenaan hanya bersaiz kecil namun masih mampu memuatkan seorang dewasa untuk memasukinya.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya warganet terutama penduduk tempatan Sabah memberi maklum balas mengenai kejadian yang disifatkan seperti lubang gua itu.
“Cerita lebih 10 tahun lepas sana ada lubang naga mengikut cerita yang saya dengar. Tidak tahu betul atau tidak.” komen dari pengguna TikTok, Camar.
“Itu bukan bayang-bayang helikopter ke tengah ambil gambar. Saya selama di Sabah ini dari kecil sampailah umur 30 tahun, tidak pernah nampak lubang gua macam ini dekat Gunung Kinabalu,” tulis, leyn29.
“Hari itu bukan ada gegaran gempa kan di kawasan situ Kundasang, tidak mustahillah ada pergerakan batu,” komen satu lagi pengguna TikTok, King.
“Ada harta peninggalan Sultan Sulu,” komen Uberry.
Mengulas kejadian berkenaan, bekas presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaidi berkata, lubang yang kelihatan pada gunung berkenaan berkemungkinan bayang-bayang dari batu.
“Bagi saya itu bukan lubang, ia mungkin bayang-bayang batu yang terpantul di sana. Kalau ada gua mesti dah ada maklumat pasal itu.
“Itu di kawasan tengah-tengah, bukan laluan orang hiking. Selama 10 tahun saya jadi malim, tidak pernah lagi tengok benda itu,” katanya kepada Majoriti.
Menjawab sama ada lubang berkenaan adalah gua atau sebaliknya, lelaki berusia 45 tahun itu berkata, di Gunung Kinabalu hanya ada satu gua iaitu Gua Paka.
Menurutnya, Gua Paka bersaiz kecil dan bukannya seperti saiz lubang yang tular tersebut.
“Selepas gempa 2015 itu, Gunung Kinabalu jadi perhatian, jadi orang buat cerita macam-macam. Ada batu berbentuk manusia. Orang dari kawasan bawah yang nampak benda itu. Orang berada di atas tidak nampak,” kongsinya.
Video tular dengan tontonan lebih 400,000 warganet itu meraih perhatian daripada orang ramai terutama dalam kalangan pendaki yang risau akan keseIamatan mereka.
SOURCE: Majoriti
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment