Abang Stacy bertarung nyawa, ditidurkan akibat pendarahan kepala

Akibat kemalangan, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan termasuk masalah jantung yang turun naik berikutan kecederaan pada bahagian hati dan limpa.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pendarahan dalam kepala, organ dalaman cedera, abang Stacy ditidurkan

KUALA LUMPUR: Abang penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, kini bertarung nyawa di Hospital Sibu, Sarawak akibat pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Adik Stacy, Aldrich berkata, Chaq sudah seminggu ditidurkan selepas menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan dalam kepala.

"Chaq mula ditidurkan pada 13 Mac lalu selepas pembedahan pertama. Sekarang, Chaq masih ditidurkan dan menerima rawatan di Hospital Sibu.

"Kalau ikutkan, kemalangan yang menimpa tidaklah teruk sangat, tetapi mungkin ada hentakan kuat kepada kepalanya. Ia menyebabkan berlaku pendarahan," katanya yang kini menjaga Chaq di hospital.

Picture
Stacy berdoa semoga abangnya terus kuat untuk melawan penyakit dan kembali pulih seperti sedia kala.

Tambahnya, doktor masih memantau keadaan abangnya dari semasa ke semasa dan belum pasti bila Chaq boleh sedar semula.

"Buat masa ini, doktor masih memantau perkembangan terkini Chaq dan tidak memaklumkan sama ada perlu menjalani pembedahan susulan ataupun tidak.

"Doktor cuma beritahu, kami perlu banyakkan berdoa kerana hanya kuasa Tuhan dapat membantu Chaq sekarang.

"Semoga Chaq kuat untuk berjuang sebab kami tahu dia memang kuat," katanya.

Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan termasuk masalah pada jantung yang turun naik berikutan kecederaan pada bahagian hati dan limpa.

Tekanan darah dan jantung bekas peserta program Mentor musim ketiga itu juga dilaporkan rendah, selain buah pinggangnya turut terjejas.

Sementara itu, Stacy berdoa semoga abangnya terus kuat untuk melawan penyakit dan kembali pulih seperti sedia kala.

"Mohon doakan kesembuhan buat abang saya, Chaq. Harap Chaq terus kuat, tetapi saya dapat merasakan Chaq tengah melawan.

Insya Allah, mesti boleh," katanya.

Menerusi program realiti disiarkan pada 2009 itu, Chaq yang juga bekas protege Ajai meraih kedudukan naib juara.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post