Kes buang bayi ketiga di Sabah dalam tempoh 4 hari

Bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong rumah di Kampung Sapat. - Foto ihsan polis

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Tangisan selamatkan bayi kesejukan ditinggalkan bawah kolong rumah

PAPAR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Sapat, di sini, awal pagi tadi.

Picture
BAYI baharu lahir yang dibuang di bawah kolong rumah di Kampung Sapat, Papar semalam

Bayi lelaki cukup sifat itu ditemui di tanah tanpa seurat benang dalam keadaan kesejukan oleh pemilik rumah yang terdengar tangisan kira-kira jam 4 pagi.

Susulan itu, pemilik rumah seorang lelaki berusia 52 tahun menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata pemilik rumah dikatakan hendak ke tandas lalu terdengar suara bayi menangis di bawah kolong.

Katanya, selepas hampir 10 minit tangisan itu tidak berhenti, dia beranikan diri turun ke bawah kolong dan mendapati ada objek yang bergerak-gerak. "Dia mendapati ia adalah bayi yang ditinggalkan dalam keadaan tanpa seurat benang di tanah.

"Selepas itu, dia memanggil isterinya dan meminta membawa tuala untuk menyelimuti bayi terbabit kerana kesejukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selepas itu mereka menghubungi polis dan bayi dihantar ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut.

"Bayi terbabit dalam keadaan stabil dan dimasukkan di Wad Kanak-kanak Hospital Papar," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyembunyikan kelahiran bayi yang masih hidup.

"Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Sarjan Noor Azura Linggisan di talian 016-8262067," katanya.

Difahamkan, ini adalah kes buang bayi yang ketiga berlaku di Sabah dalam tempoh seminggu.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post