Buat konsert di Sabah, Pemuda DAP beritahu penganjur Good Vibes Festival

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Setiausaha Pemuda DAP Sabah Chan Loong Wei berkata festival seperti itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pelancongan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Penganjur pesta kontroversi yang dibatalkan diminta mempertimbangkan Sabah

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda DAP menjemput penganjur Good Vibes Festival (GVF) menganjurkan acara sama di negeri itu.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
DAP menyambut baik penganjuran konsert dan acara antarabangsa di Sabah, dengan harapan dapat menjadikan negeri itu perhatian dunia. (Gambar Instagram)
Chan Loong Wei berkata, konsert dan festival muzik seperti GVF dapat memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi, terutama meningkatkan sektor pelancongan.

Setiausaha Pemuda DAP Sabah itu berkata, perniagaan tempatan akan menyaksikan peningkatan permintaan untuk penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, barang dagangan, dan perkhidmatan lain apabila peminat muzik dari serata rantau berkumpul di negeri tersebut.

“Kesan positif mengadakan festival muzik berskala besar terhadap ekonomi setempat tidak boleh diabaikan,” kata Chan dalam kenyataan.

Beliau berkata, lebih banyak konsert dan acara antarabangsa sepatutnya dianjurkan di Sabah, dengan harapan dapat menarik perhatian dunia ke negeri itu.

Jemputan Chan itu susulan kontroversi membabitkan festival muzik tiga hari hujung minggu lalu yang dibatalkan selepas hanya berlangsung satu malam akibat tindakan penyanyi utama kumpulan dari UK, The 1975, menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Matty Healy juga mencetuskan kemarahan orang ramai dan pihak berkuasa apabila mabuk di pentas dan mencium ahli lelaki kumpulan itu.

Chan bagaimanapun menyelar dan kesal dengan “insiden tidak sopan” tersebut dan menambah mana-mana pihak yang ingin menganjurkan konsert di Sabah perlu berhati-hati dan meneliti senarai artis sebelum menjemput mereka.

Pembatalan konsert itu menyebabkan sebahagian 22 vendor makanan kerugian selepas melabur lebih RM10,000 untuk menyertai festival tiga hari tersebut.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya akan mencari jalan untuk membantu peniaga kecil yang terjejas.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post