Polis tahan reman pemandu lori terlibat kemalangan 7 kenderaan di laluan bertingkat Lido, Jalan Lintas

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di laluan bertingkat Lido, Jalan Lintas pada Selasa lalu yang mengakibatkan kematian seorang pemandu wanita.
(📸 ©IVAN AMIRUL\KOSMO)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




KOTA KINABALU – Polis menahan reman lelaki yang juga pemandu lori terlibat kemalangan membabitkan tujuh kenderaan sehingga mengakibatkan kematian seorang wanita di laluan bertingkat Lido, Jalan Lintas pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, lelaki berumur 52 tahun berkenaan direman selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Ogos.

“Lori pula akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe dalam hantarannya di laman sosial Facebook malam tadi berkata, beliau sentiasa mengikut perkembangan siasatan pihak polis mengenai kemalangan itu.

“Suspek (pemandu lori) sudah direman sehingga 27 Ogos dan lori itu dihantar ke PUSPAKOM untuk siasatan terperinci. Saya juga telah menghubungi pihak berkuasa bagi memastikan tindakan lanjut sedang diambil.

“Ia termasuklah langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berulang kembali. Kita mahu keadilan yang sewajarnya diambil agar kematian mangsa terbela,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan kira-kira pukul 6 petang pada Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.- KOSMO! ONLINE

SOURCE: kosmo.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post