Suami isteri maut kemalangan di Kota Belud

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud, malam ini.
(📸 ©NSTP/Ihsan Bomba.)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Suami isteri maut kemalangan di Kota Belud

KOTA BELUD: Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud, di sini, malam ini.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PASUKAN bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud.
(📸 ©FOTO Ihsan Bomba)
Mangsa, Khaysar Abdul, 28, dan isteri, Siti Emma Ernani Asmada, 28, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.42 malam.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Suffian Aban digerakkan ke tempat kejadian sejauh 16 kilometer dari balai.

"Kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Revo. Terdapat dua mangsa tersepit dalam Proton Wira.

"Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Riki berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemandu dan penumpang Toyota Revo dilaporkan selamat.

SOURCE: Laporan Asal Juwan Riduan BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.