Dua bersaudara maut, tiga cedera parah nahas 4WD

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Keadaan 4WD dinaiki mangsa yang terbabas sebelum terbalik di parit di Jalan Kampung Gana, Kota Marudu, hari ini.
(📸 ©FOTO IHSAN PDRM)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

2 bersaudara maut, 3 cedera parah nahas 4WD

KOTA MARUDU: Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki dipercayai gagal dikawal sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana di sini, hari ini.


Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, Somineh Engkagang, 17, dan Doyut Nanu, 58, cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga lagi mangsa termasuk pemandu yang dilaporkan cedera berusia 85, 65 dan 27 tahun. Semuanya dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Semua mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Gana.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Keadaan 4WD dinaiki mangsa yang terbabas sebelum terbalik di parit di Jalan Kampung Gana, Kota Marudu, hari ini.
(📸 ©FOTO IHSAN PDRM)
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak, berkata kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota SR dinaiki mangsa dari arah pekan Kota Marudu menghala balik ke Kampung Gana.

"Ketika melalui selekoh menuruni bukit, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tebing bukit kanan menghala ke Kampung Gana lalu terbalik di parit simen.

"Susulan itu, dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu parah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Keadaan 4WD dinaiki mangsa yang terbabas sebelum terbalik di parit di Jalan Kampung Gana, Kota Marudu, hari ini.
(📸 ©FOTO IHSAN PDRM)
Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain atau mangsa lain terbabit dalam kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SOURCE: Laporan BH Oleh Juwan Riduan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.