Wanita maut ditikam 30 kali di Sepanyol

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Wanita Singapura, Audrey Fang, 39 tahun, ditemui mati dengan 30 kesan tikaman, berdekatan tempat meletak kenderaan buat lori di Abanilla, Sepanyol pada 10 Apr 2024.
(📸 ©Facebook/Fang Dirou)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kematian warga S’pura di Sepanyol: Suspek dikenal pasti sebagai Mitchell Ong

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
SEORANG lelaki membawa kalungan bunga di rumah pengebumian warga Singapura, Audrey Fang, yang terbunuh di Sepanyol. -CNA
(📸 ©CNA)
SINGAPURA: Wanita Singapura yang dibunuh di Sepanyol, Audrey Fang, lebih dua minggu lalu dilaporkan membeli polisi insurans daripada suspek pembunuhnya pada 2015.

Perkara itu didedahkan keluarganya semalam. Mereka sedang memeriksa barang-barangnya apabila mereka terjumpa dua polisi berkaitan insurans daripada syarikat insurans, AIA, kata sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai See.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Warga Singapura, Mitchell Ong (kiri), dilaporkan mengenali Cik Audrey Fang, yang ditemui mati di Sepanyol dengan beberapa kesan tikaman.
(📸 © EPA-EFE)
Polisi itu dijual oleh seorang lelaki yang ditampil di mahkamah berkaitan kematian arkitek warga Singapura, Cik Audrey Fang Dirou, di Sepanyol telah dikenal pasti sebagai Mitchell Ong. Suspek berusia 43 tahun itu dilaporkan mengenali Cik Fang, yang pernah memaklumkan seorang mantan rakan kerja mengenai Ong beberapa tahun lalu, lapor media Sepanyol, La Verdad pada 20 April.

Cik Fang, 39 tahun, dilaporkan hilang semasa bercuti di Xabia, di tenggara Sepanyol.

Mayatnya ditemui pada 10 April, di sebuah lori yang diletakkan di Abanilla di wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya di Xabia, di mana beliau dikatakan kali terakhir dilihat masih hidup, menurut Olive Press.

Cik Fang dilaporkan ditikam lebih daripada 30 kali.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mayatnya ditemui seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersarapan di sebuah restoran yang terletak di lebuh raya berdekatan Abanilla. Tetapi ia tidak dapat dikenal pasti pada masa itu.
(📸 © Map: STRAITS TIMES GRAPHICS )
Abanilla terletak di tenggara Sepanyol dan kira-kira empat jam memandu dari ibu kota Madrid.

Suspek ditahan pada 16 April oleh Pengawal Awam di wilayah Alicante, dan mereka kemudian memindahkannya kepada rakan sekerja mereka di Murcia.

Media Sepanyol melaporkan bahawa dia tinggal di sebuah hotel di Alicante, di mana dia ditangkap.

Menurut laporan media, Ong disifatkan sebagai seorang yang berbadan sasa, dan meminati pakaian mahal.

Dia dilaporkan sering menginap di hotel mewah dan menyewa kereta mewah. Jurucakap Pengawal Awam sebelum ini memberitahu The Straits Times bahawa suspek mungkin mempunyai hubungan romantis dengan Cik Fang.

“Kami masih menyiasat motif pembunuhan ini. Terdapat pelbagai kemungkinan motif, yang boleh bersifat ekonomi atau kes keganasan domestik,” kata jurucakap itu.

Pihak berkuasa Sepanyol temui nota penamaan calon CPF pada iPad wanita SG yang dibunuh di Sepanyol

Polis Sepanyol yang sedang menyiasat kes pembunuhan wanita Singapura di sana, dilaporkan sedang menyelidik satu nota penamaan calon Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang ditemui dalam iPad mangsa.

Menurut laporan oleh akhbar Sepanyol, La Verdad, pada Isnin (29 Apr), tertulis dalam nota itu bahawa Cik Audrey Fang sudah memutuskan untuk mencalonkan seorang individu yang tidak dikenali bagi simpanan CPF beliau kerana individu tersebut adalah "rakan lama yang boleh dipercayai".

Akhbar itu turut melaporkan bahawa pinjaman AS$50,000 (S$68,000) turut diberikan buat Cik Fang atas persahabatan mereka.

CPF adalah satu skim simpanan mandatori bagi jaminan sosial yang dibiayai hasil sumbangan para majikan dan pekerja.

Sekiranya seseorang meninggal dunia, simpanannya akan diberikan kepada sesiapa yang terdahulu sudah dicalonkan.

Jika tiada pencalonan dilakukan, tabungannya akan diserahkan kepada Pejabat Pemegang Amanah Awam untuk diagihkan kepada para anggota keluarga.

Nota penamaan calon CPF bertarikh 24 Mac itu ditemui Pengawal Awam Sepanyol pada iPad Cik Fang yang ditinggalkan di dalam bilik hotelnya.

Wanita berusia 39 tahun itu sedang bercuti secara solo di Sepanyol tetapi pada 9 April tidak dapat dihubungi sama sekali. Barang miliknya juga ditinggalkan di dalam hotel.

Pada keesokan harinya, mayat mangsa ditemui dengan 30 kesan tikaman, kira-kira 150km dari tempat penginapannya.

Mitchell Ong, seorang lelaki Singapura berusia 43 tahun, diberkas di Alicante pada 16 Apr berhubung kematian itu. Dia tampil di mahkamah pada 19 Apr dan ditahan.

KELUARGA MANGSA SEDANG PERIKSA JIKA SUSPEK PENERIMA CPF

Dilaporkan sebelum ini bahawa mungkin terdapat motif bersifat kewangan bagi pembunuhan Cik Fang, dengan media Sepanyol melaporkan bahawa mangsa memindahkan wang kepada individu ketiga yang tidak dikenali.

Keluarga Cik Fang memberitahu Mediacorp pada Sabtu (27 Apr) bahawa mereka bimbang Ong mungkin dicalonkan untuk menerima wang CPF mangsa.

Mereka mendapat tahu Cik Fang mempunyai dua polisi insurans pelaburan yang dijual pada 2015 oleh seorang ejen bernama Ong Cheong Yi, yang pihak keluarga diberitahu adalah nama Cina Mitchell Ong.

Keluarganya berkata mereka merancang untuk menghubungi pihak berkuasa untuk menentukan jika Ong dinamakan sebagai penerima bagi wang CPF ataupun polisi-polisi insurans Cik Fang.

Mereka juga akan cuba mengesahkan sama ada wang dipindahkan keluar daripada akaun banknya.

Menurut laporan La Verdad, keluarga mangsa turut mempersoalkan kesahihan nota yang ditemui pada iPad mangsa, memandangkan jumlah pinjaman yang tertulis adalah dalam mata wang dolar Amerika, dan bukan dolar Singapura.

Nota tersebut juga menggunakan perkataan "heya", tetapi Cik Fang biasanya bertutur dalam bahasa Mandarin.

SOURCE: berita.mediacorp.sg

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.