Lelaki maut Perodua Viva dipandu bertembung pikap

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu Perodua Viva yang tersepit selepas bertembung 4WD dalam kemalangan di Tuaran.
(📸 ©Foto ihsan bomba)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki maut, kereta dipandu bertembung pacuan empat roda

TUARAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung pikap dalam kemalangan di Jambatan Batangan berhampiran CKS Supermarket, pagi tadi.

Dalam nahas jam 6.40 pagi, mangsa berusia 30 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.44 pagi.

"Mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post