Gempa bumi pada Jumaat lalu mengakibatkan bahagian selatan Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais.
B eliau berkata menerusi pemerhatiannya ketika berada di ruang udara gunung tersebut pagi ini bersama pasukan penyelamat, bahagian selatan gunung itu mengalami runtuhan yang teruk.
Jamili berkata, bahagian Barat dan Timur gunung tersebut turut mengalami kerosakan sedikit manakala di bahagian Utara gunung pula tidak dapat dikenalpasti ekoran kabus tebal meliputi gunung itu. Bagaimanapun Jamili berkata pasukannya akan cuba untuk mendarat di Laban Rata untuk membuat tinjaun lanjut tahap kerosakan itu pada Rabu ini.
Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan dua masih hilang dalam gempa pada 7.15 pagi hari tersebut – terkuat pernah dialami Malaysia setakat ini. — BERNAMA
إرسال تعليق