Banjir Lumpur Dikhuatiri Melanda Sekitar Gunung Kinabalu - Geologi UMS

Banjir Lumpur Dikhuatiri Melanda Sekitar Gunung Kinabalu: Prof. Dr. Felix. - Ahli Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul mengatakan air sungai yang berasal dari Gunung Kinabalu itu, mempunyai kandungan alkali yang tinggi dan tidak selamat untuk digunakan. Keadaan itu katanya menjelaskan penemuan ikan mati di Sungai Kadamaian. Dr. Felix tidak dapat menentukan berapa lama keadaan ini akan berterusan tetapi pasukan penyelidikan yang diketuai beliau menjangkakan hujan yang lebih banyak akan mencairkan kandungan alkali di dalam air. Sementara itu, mengulas mengenai air sungai Mesilou "berbuih" yang dilaporkan semalam, Dr. Felix mengatakan skala pH telah kembali normal hari ini. (11 Jun 2015)

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


AIR SUNGAI KADAMAIAN, KOTA BELUD TERCEMAR

KHAMIS, 11 JUN – Banjir lumpur dikhuatiri akan melanda sekiranya gegaran dan runtuhan berterusan di Gunung Kinabalu.

Perkara itu dinyatakan Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Felix Tongkul ketika memberi respon terhadap kekecohan laman sosial mengenai bunyi dentuman batu-batuan yang kedengaran berjatuhan dari gunung tertinggi Asia Tenggara itu.

Katanya, tanah runtuh yang berlaku boleh menyebabkan aliran air sungai tersumbat dan lama-kelamaan air bertakung seterusnya membentuk empangan sementara yang akan menghasilkan banjir lumpur apabila ia pecah.

“Keadaan ini mengundang bahaya kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai serta kawasan sekitarnya.

“Justeru, peringatan ini bukan untuk menakutkan penduduk di sana, tetapi  sebagai satu peringatan agar para penduduk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Prof. Dr. Felix dijangka akan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian gempa bumi dan impaknya kepada Sabah dalam temubual secara langsung di RTM TVi  saluran Astro 180 pada pukul  3.00 petang ini. –SS

Bahagian Media dan Citra 

Kickbola.net
Pemantauan Sungai Berbuih di Kampung Mesilau Ranau oleh pihak Pejabat Kesihatan Ranau diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Ranau ,Junaidih Sadi. Turut serta dalam operasi pemantauan itu Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Air Sungai di Kaki Gunung Kinabalu Disahkan Bertoksik & Tercemar

Ujian Keasidan dan kealkalian pH 9 Sungai mesilau Dari Gunung Kinabalu Telah Diperiksa dan Disahkan Bertoksik

Air Sungai Mesilou dan Sungai sekitarnya berbuih akibat Toksik.

Batuan Ultramafik g baru runtuh/pecah dan kena hujan bnyk Magnesium dn Mikel.

Buih tu menunjukkan air bercampur dengan chemical aluminium sulfate. Air tersebut cuba untuk menjadi jernih memendapkan kelodak tanah.

Buih tu disebapkan proses pembebasan Ion-ion chemical aluminium sulfat oksida.

Pengambilan minuman dari botol adalah disyorkan buat sementara waktu sehingga keadaan sumber air sungai pulih dan disahkan selamat.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم