Kg Takutan Ranau perlu Bantuan Air bersih

Kickbola.net
Kg Takutan Ranau perlu Bantuan air bersih Oleh Kilenius Sitih

Kg Takutan Ranau perlu Bantuan air bersih

Beginilah keadaan sungai mokodou Kg Takutan Ranau. Dahulunya air teramat jernih. Sungai mokodou ini merupakan sumber air utama bagi penduduk Kg Takutan. Boleh dikatakan bahawa kebergantungan penduduk pada sungai ni dalam 85% utk kegunaan seharian dan yg selebihnya itu adalah daripada air hujan.


S
etelah kejadian gempa bumi pada 5.6.2015 air yg jernih itu telah berubah warna... bermula pada hari itu pendudk kampung mula tidak berani menggunakan air Sungai Mokodou.

Keadaan ini semakin parah setelah kejadian banjir lumpur yg melanda daerah Ranau dan Kota Belud baru-baru ini sehinggakan ikan-ikan pun mati tidak tertahan dengan lumpur.

Memandangkan Kampung Takutan ini berada di pedalaman sedikit/ jauh sedikit dari pekan Ranau maka kesusahan penduduk disana tidak kelihatan.


Kepada rakan-rakan di luar sana, jika ada keringanan utk menghulurkan bantuan, marilah kita sama-sama membantu mereka dari segi bekalan beras, garam, kicap, mee, makan tin dan sebagainya.


Mungkin mereka tidak perlukan sangat.. tetapi kami percaya bahawa air merupakan keperluan utama bagi semua penduduk kampung Takutan.

Post a Comment

أحدث أقدم