Jerebu kembali 'menyelubungi' Malaysia.
Jerebu kembali melanda daerah Tawau, Sabah dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Tawau mencatatkan IPU 165 jerebu kategori tidak sihat, dimana paling teruk terjejas di Malaysia.Turut terjejas kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan sekitar kawasan pantai timur yang lain.
Peta menunjukkan pergerakan angin yang membawa jerebu yang terhasil daripada titik-titik panas di Kalimantan Indonesia.
Jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung.
Jabatan Kajicuaca menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka.
SOS: Bah, orang pantai timur kalau boleh kurang-kurangkan lah aktiviti diluar rumah. Malaysia telah menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka...semua mesti patuh peraturan untuk memulihkan keadaan
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق