Cubaan bunuh diri di Sky Hotel Kota Kinabalu

Picture
Cubaan bunuh diri di tingkat 5 Sky Hotel Kota Kinabalu pagi tadi... Tahniah kepada pasukan Bomba dan Penyelamat kerana berjaya mengawal keadaan dan menyelamatkan mangsa. Foto: SayangSabah.com

Cubaan bunuh diri dipatahkan di Sky Hotel Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dari tingkat lima SKY Hotel Karamunsing, Kota Kinabalu pagi tadi.

P
ihak Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7.36 pagi dan bertindak atas maklumat, pihak Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Ambulans telah ke lokasi kejadian.


Setiba di lokasi pihak bomba terus memulakan operasi menyelamat lelaki yang duduk di tingkat empat tempat meletak kenderaan hotel tersebut namun tidak berhasil.

Pihak bomba akhirnya terpaksa menggunakan kaedah menyelamat di mana tali keselamatan digunakan bagi membantu pihak bomba untuk menyelamatkan saspek yang sedang cuba untuk terjun dari bangunan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Filipina itu dikatakan mengalami masalah keluarga dan tekanan hidup.


“Saspek telah keluar dari rumahnya di Jalan Sepanggar dan berjalan seorang diri seterusnya naik ke tingkat empat Hotel SKY sebelum bertindak untuk cuba bunuh diri dengan terjun dari bangunan terbabit,” katanya.



Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki dalam cubaan bunuh diri. Syabas diucapkan kepada anggota yang bertugas. Lokasi di SKY Hotel Karamunsing Kota Kinabalu. (Y)
Posted by Barisan Nasional on Thursday, November 5, 2015


Saspek akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

أحدث أقدم