Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah sebelah pagi sebentar tadi| Gegaran ke-119! Gempa lemah 2.9 Skala Richter gegar Ranau pada pukul 12.27pagi!!
RANAU, 8 November -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada Skala Richter, melanda Ranau, Sabah pada 12.27 tengah malam tadi, demikian Jabatan Meteorologi.
Menurutnya, gempa bumi berkenaan menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.Jabatan itu turut memaklumkan bahawa satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, melanda Luzon di Filipina pada 3.40 pagi tadi.
Kejadian kedua-dua gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.
Jabatan Meteorologi dalam laman sosialnya membuat kenyataan hari ini berkata gempa bumi berlaku 10 km barat laut Ranau , Sabah.
"Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق