Jodoh Azraai Khor & Sabah FA Tidak Sampai Sebulan

Azraai Khor bukan lagi jurulatih Sang Badak - Dikatakan Coach Azraai Khor telahpun meletak jawatan sebagai Jurulatih Sabah. Beliau bukan lagi Jurulatih Sabah. Apa sudah jadi sama SAFA ni, 1 bulan saja terus letak jawatan. Khabar angin mengatakan tugas beliau dalam memilih pemain diganggu oleh Exco Kewangan SAFA.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah, Azraai Khor`bercerai'

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengumumkan Azraai Khor Abdullah bukan lagi ketua jurulatih Sang Badak, berkuat kuasa hari ini - kurang sebulan selepas dilantik sebagai pengendali skuad berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Dalam kenyataan itu, beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas perbincangan dan persetujuan antara kedua-dua pihak.


"SAFA dan Azraai telah mencapai persetujuan berkenaan hal ini dan pihak SAFA juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

"Pihak persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Azraai atas sumbangannya sepanjang menjadi jurulatih skuad Liga Perdana Sabah," katanya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan punca sebenar keputusan itu namun Azraai yang juga bekas jurulatih Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan, menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi memuat naik status yang menimbulkan tanda tanya. Beliau memuat naik status 'Alhamdulillah.....berakhirnya mimpi ngeri di hari Jumaat yang indah.....'.


Personaliti Astro Arena Hafizal Ahmad turut memberi pembayang yang mengambarkan punca & situasi yang berlaku keatas jurulatih yang baharu dilantik tidak sampai sebulan di laman twitter beliau:


Rata-rata penyokong Sabah FA yang berasa lega dengan perlantikan Jurulatih berpengalaman di Liga Malaysia itu bingung & kecewa dengan tindakan sewenang-wenangnya SAFA menyingkirkan jurulatih yang baru sebulan dilantik tanpa memikirkan jumlah pampasan besar yang perlu dibayar kepada jurulatih tersebut.

Penyokong turut meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka di laman sosial milik bekas pengendali negeri yang hanya bertahan tidak sampai sebulan jelas memperlihatkan bertapa lemahnya misi pasukan yang pernah mengganas ketika tahun 1996 dengan menjuarai liga Perdana Malaysia dan menjadi Finalis 3 edisi Piala Malaysia itu.

Azraai yang pernah membawa Kedah meraih tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2007 dan 2008, dilantik sebagai jurulatih Sang Badak berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu.


Jurulatih yang membimbing Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia pada tahun 2011 itu sebelum ini memulakan tugasnya selaku pengendali Sabah secara tidak rasmi sejak pertengahan September lalu, termasuk mengendalikan sesi latihan skuad utama bagi menghadapi saingan musim 2016.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم