Indonesia keluar amaran tsunami susulan gempa kuat
JAKARTA: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud telah melanda pesisir barat Sumatera, Indonesia kira-kira 8.50 malam ini.
Dalam perkembangan yang sama, Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan barat Sumatera, Utara Sumatera dan Aceh akibat dari gempa terbabit.Indonesia mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat dan cetek di luar pesisir pantai barat Sumatera, kawasan yang teruk dilanda tsunami pada 2004.
Menurut Agensi Meteorologi Nasional, amaran itu dikeluarkan untuk Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh selepas gempa bumi 7.9 magnitud.
Menurut USGS, pusat gempa ialah 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.
Tiada laporan segera berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa.
Laporan awal menyatakan kekuatan gempa bumi itu ialah 8.1 magnitud. - Reuters
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق