Gerai kacang panggang di Simpang 3 Langkun Kota Marudu Musnah Terbakar

DERETAN gerai di Kampung Tonsom, Simpang Tiga Langkun musnah terbakar, malam tadi.
Sederet Rumah Kedai Musnah Terbakar Di Kg. Tonsom Kota Marudu yang popular dengan gerai " Kacang Kudat ".

Kota Marudu: Sebanyak 21 gerai kacang panggang dan beberapa rumah di Kampung Tonsom, Simpang Tiga Langkun, di sini, musnah terbakar, 8.15 malam tadi.

K
etua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, sebaik menerima panggilan pada 8.21 malam, dua jentera dengan kekuatan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu ke lokasi.



"Kebakaran membabitkan 21 gerai menjual kacang dan beberapa rumah.

"Setakat ini, operasi memadam api masih dilakukan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan, gerai menjual kacang panggang itu amat popular dan menjadi tumpuan di daerah berkenaan.

Post a Comment

أحدث أقدم