Gunung Kinabalu pernah diselebungi salji sekitar tahun 1993

Gunung Kinabalu pernah di selebungi salji. | Tulisan Asal Izham Waidi

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1993 iaitu 24 tahun yang lalu dan sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar Ranau.

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung diselubungi salji dan mengejutkan orang ramai. Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

“ Sebelum kami memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan kami ke Laban Rata keadaan cuaca amat sejuk  daripada hari yang lain “ kata Palimin.


Ketika di Laban Rata, mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan reda dan mereka pun meneruskan perjalanan ke puncak pada jam lima pagi.

“ Keadaan permukaan jalan ke puncak sangat licin dan kami terpaksa dalam langkah berjaga-jaga sehinggalah sampai pada 6:30 pagi,” katanya.



Setelah tiba di puncak, kesemua pendaki amat terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu dipenuhi salji dan suasana yang amat luar biasa.

“ Saya dan pendaki-pendaki menjadi saksi gunung ini diselubungi salji dan buktinya salji ini sejuk berserbuk dan bukannya ais, dulu ais sering berlaku di gunung di dalam takungan lopak, “ kata Palimin yang telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun.

Picture
SALJI DI GUNUNG KINABALU... Gambar Palimin 24 tahun yang lalu.

Tambah Palimin, pelancong dari Switzerland bernama Marcel Peters juga bersetuju tentang salji di permukaan gunung. Kali terakhir gunung diselubungi salji pada tahun 1975.


“ Peters kata kepada kami salji ini sama seperti dari negaranya dan negara Eropah lain, ini merupakan keunikan Gunung Kinabalu yang amat luar biasa “ tambah Palimin.


Palimin berpendapat salji ini turun selepas berlakunya hujan dan turun pada waktu gelap. Tambah beliau, salji seperti ini tidak pernah berlaku di Sabah. Namun setakat ini masih belum ada membuat kajian selidik tentang salji di Gunung Kinabalu dahulu.

“ Saya berharap pihak-pihak tertentu atau mana-mana universiti akan membuat selidik tentang perkara ini, saya tidak tahu dan menjangkakan bila lagi salji ini muncul” katanya.

Picture
PELUANG KEEMASAN... Salah satu pendaki Suriyati Barantis bergambar dengan salji di bahagian South Peak.

Beliau mahu sejarah ini berulang pada masa akan datang dan orang ramai akan teruja dengan keunikan gunung tersebut selain daripada flora dan fauna.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم